Setiap perniagaan ada cara dan pendekatan yang agak berbeza diantara satu industri dengan industri yang lain. Sebagai contoh, catatan perakaunan perniagaan kecil dan sederhana adalah tidak sama dengan perniagaan runcit, koperasi ataupun syarikat yang telah tersenarai dalam bursa saham tempatan. Namun begitu, akauntan tugasnya adalah satu iaitu menyediakan satu catatan perakaunan yang lengkap dan perlulah dilaporkan setiap bulan dan selepas setahun laporan tersebut akan dihantar kepada juruaudit yang bertauliah dan ejen cukai yang dilantik oleh ahli lembaga pengarah syarikat.
Apakah yang dinamakan oleh catatan pertama perniagaan? Buku-buku yang ditulis oleh juruwang ataupun kerani yang dipertanggungjawabkan oleh pemilik perniagaan hendaklah dikemaskinikan sentiasa. Buku Jualan adalah buku yang mencatatkan jualan harian perniagaan untuk kedua-dua jenis sama ada jualan tunai ataupun jualan kredit. Buku Belian pula adalah buku yang mencatatkan belian harian perniagaan untuk kedua-dua jenis sama ada belian tunai ataupun belian kredit. Buku Penghutang pula adalah buku yang mencatatkan belian secara kredit dan juga pembayaran balik secara terus atau pun secara ansuran oleh entiti perniagaan. Buku Pemiutang pula adalah buku yang mencatatkan pembelian secara kredit dan juga pembayaran balik secara terus atau secara ansuran oleh pelanggan. Dan akhir sekali, Buku Tunai pula adalah buku yang mencatatkan pengeluaran dan penerimaan wang dari akaun semasa. Penyata penyesuaian bank adalah amat mustahak untuk mengenalpasti pembayaran yang telah dibuat tetapi belum ditunaikan oleh penghutang.
Perakaunan perlulah direkodkan secara bergu iaitu didebitkan dan dikreditkan secara serentak supaya imbangan duga dapat seimbang untuk sesuatu tempoh perniagaan. Catatan dibahagian kanan dinamakan sebagai catatan kredit. Catatan dibahagian kiri pula dinamakan catatan debit. Hakikatnya apakah yang hendak dicatatkan di debit dan di kredit tersebut. Dokumen perniagaan adalah mustahak untuk difahami dan dikenalpasti sebelum catatan tersebut dilakukan. Invoice, debit note, credit note, payment vouchers, progress percentage of completion dan lain-lain lagi adalah dokumen perniagaan yang digunakan oleh akauntan untuk mencatatkan dalam sistem akaun berkomputer. Dokumen ini sebenarnya perlulah ada dokumen sokongan supaya tidak timbul penyalahgunaan kuasa, barang tidak berkualiti dan maklumat palsu untuk transaksi perniagaan tersebut. Kebiasaannya tuntutan pembayaran perbelanjaan perjalanan seperti resit tol, minyak petrol, tempat tinggal dan alat tulis akan dikepilkan bersama dan rumusan tersebut perlulah dihantar kepada ketua jabatan untuk mendapatkan pengesahan.
Perbelanjaan juga adalah terbahagi kepada dua jenis perbelanjaan. Pertama ialah perbelanjaan pendapatan yang direkodkan secara terus ke akaun untung rugi. Gaji pekerja, utiliti, sewa, tuntutan perjalanan, promosi dan pengiklanan adalah perbelanjaan yang direkodkan secara terus dalam perniagaan. Keduanya ialahnya perbelanjaan modal yang ditanggung akibat dari kapisiti dan pembentukan perniagaan tersebut. Gain or loss from property valuation, gain or loss from foreign currency, ammortisation of goodwill dan beberapa lagi adalah contoh untuk menunjukkan kepada pengguna akaun bahawa terdapat pelbagai cara mentafsirkan dan menguruskan perniagaan dengan korporat dan professional.